Picture
1. Seorang juara akan melihat jalan penyelesaian kepada satu masalah, sebaliknya seorang pesimis akan melihat masalah
    kepada jalan penyelesaian.

2. Jadikan dirimu seteguh karang yang mampu bertahan di tengah samudera yang mengganas.

3. Seorang itu dinamai nakhoda jika berjaya mengemudi bahtera di laut yang cukup bergelora.

4. Dunia ini sebenarnya tiga hari sahaja. Semalam yang berlalu dimana engkau tidak boleh membuat apa-apa perubahan, esok
    yang bakal mendatang dimana engkau sendiri belum tentu akan dapat hidup dan hari ini dimana engkau berada sekarang.
    Maka carilah yang sebaiknya untuk bekal hari mendatang.

5. Orang yang banyak bercakap kurang membuat kerja, sebalinya orang yang kurang bercakap banyak membuat kerja.

6. Beri satu pasukan sebuah bukit untuk didaki.

7. Orang tidak berminat dengan apa yang kita cakapkan tetapi melihat apa yang kita buat.

8. Digilap baru ditayang, dicanai baru diuji, dimamah baru ditelan..barulah perjuangan kalian bercahaya bak rembulan..bersinar
    bak mentari.

9. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

10. Kalau kalian jadi pemimpin..keringkan air mata rakyat. Kalau kalian jadi pandidik..ketahuilah bahawa abak bangsa kita
      masih dahaga... kalau kalian jadi seniman nyanyikanlah lagu-lagu anak bangsa.

11. Lalai sesaat ada kalanya mencurahkan air mata setahun.

12. Akar pendidikan adalah pahit tetapi buahnya sangat manis.

13. Kurang semangat membawa lebih banyak kegagalan berbanding kurang kemahiran.

14. Satu kesilapan yang kecil sebenarnya satu penambahbaikan yang besar.