Teknik Menjawab Soalan Tatabahasa

1. Kata ganti nama diri "ia" merujuk kepada benda / binatang.

     a) Ia berasal dari Kedah (Salah).

         Dia berasal dari Kedah (Betul).

2. Kata ganti nama diri beliau menunjukkan pangkat seseorang.

     a) Dia adalah bekas Perdana Menteri India (Salah).

         Beliau adalah bekas Perdana Menteri India (Betul).

3. Selepas kata kerja transitif perlu diikuti dengan objek.

    a) Kakak sedang menjahit di rumah (Salah).

        Kakak sedang menjahit baju di rumah (Betul).

4. Kata adjektif dengan imbuhan 'ter' atau paling tidak perlu diikuti dengan perkataan

    sekali.

    a) Amin murid yang terpandai sekali di dalam kelas 2 Biru (Salah).

        Amin murid yang terpandai di dalam kelas 2 Biru (Betul).

5. Kata sendi nama di tidak boleh digunakan untuk masa. Di digunakan untuk

    menerangkan tempat.

    a) Di zaman Paleolitik, manusia hidup dengan memburu binatang di dalam hutan

        (Salah).

        Pada zaman Paleolitik, manusia hidup dengan memburu binatang di dalam hutan

        (Betul).

6. Frasa sendi nama di antara menunjukkan ruang antara dua benda.

    a) Di antara usul yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah berkaitan dengan

        masalah pembelajaran di kalangan murid-murid (Salah).

        Antara usul yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah berkaitan dengan

        masalah pembelajaran di kalangan murid-murid (Betul).

7. Kata 'bila' digunakan untuk menanya masa.

    a) Dia berasa gembira bila mendengar berita itu (Salah).

        Dia berasa gembira apabila mendengar berita itu (Betul).

8. Kata tanya tidak boleh diletakkan pada akhir ayat.

    a) Dia sampai ke stesen kereta api bilakah?

       Bilakah dia sampai ke stesen kereta api?

9. Kata sendi 'di' dan 'oleh' tidak boleh digunakan dalam ayat pasif pelaku diri

    pertama dan diri kedua. Kata sendi 'di' dan 'oleh' hanya boleh digunakan untuk

    ayat pasif pelaku diri ketiga.

    a) Karangan itu ditulis oleh saya (Salah).

        Karangan itu saya tulis (Betul).

10. Awalan 'be' digunakan untuk perkataan yang tidak bermula dengan huruf r.

      a) Datuk Azahar berlayar mengelilingi dunia secara solo.

          Datuk Azahar belayar mengelilingi dunia secara solo.

11. Akhiran 'kan' digugurkan kerana kata sendi nama 'tentang'.

      a) Kamsiah bertanyakan tentang khabar saudara-maranya di kampung (Salah).

          Kamsiah bertanya tentang khabar saudara-maranya di kampung (Betul).

12. Kata kerja transitif memerlukan objek sebagai penyambut.

      a) Ramani suka membaca di perpustakaan (Salah).

          Ramani suka membaca buku cerita di perpustakaan (Betul).

13. Kata sendi nama 'di' dan 'ke' tidak perlu digunakan dengan imbuhan 'men…i'.

      a) Para pegawai mengunjungi ke sekolah-sekolah Bestari di daerah itu (Salah).

          Para pegawai mengunjungi  sekolah-sekolah Bestari di daerah itu (Betul).

14. Imbuhan 'memper' dengan kata adjektif tidak memerlukan imbuhan akhiran -kan.

      a) Membaca buku-buku dapat memperkayakan pengetahuan seseorang (Salah).

          Membaca buku-buku dapat memperkaya pengetahuan seseorang (Betul).

15. Awalan 'se' tidak perlu diikuti dengan kata sendi nama.

      a) Selain daripada itu, dia juga bekerja di tempat lain untuk menanggung

          perbelanjaan keluarganya (Salah).

          Selain itu, dia juga bekerja di tempat lain untuk menanggung

          perbelanjaan keluarganya (Betul).

16. Kata ganda berima tidak perlu diletakkan kata penguat.

      a) Ikan dan sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant amat segar-bugar

          (Salah).

          Ikan dan sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant  segar-bugar (Betul).

17. Kata sendi nama 'di' dirapatkan jika diikuti dengan kata kerja. Kata sendi nama 'di'  

      dijarakkan jika diikuti dengan kata nama tempat.

      a) Kebanyakan kompleks membeli-belah terletak dibandar (Salah).

          Kebanyakan kompleks membeli-belah terletak di bandar (Betul).

18. Kata sendi nama dari digunakan untuk menunjukkan arah tempat dan masa.

      Kata  sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan punca asal kejadian

      sesuatu  benda.

      a) Masita berasal daripada Sabah (Salah).

          Masita berasal dari Sabah (Betul).

     b) Patung itu diperbuat dari kayu jelutong (Salah).

          Patung itu diperbuat daripada kayu jelutong (Betul).

19. Kata sendi nama 'oleh' tidak boleh ditulis dengan kata hubung 'kerana'.

      a) Rahman terpaksa bekerja pada usia yang muda oleh kerana hidup keluarganya

          susah (Salah).

         Rahman terpaksa bekerja pada usia yang muda oleh sebab hidup keluarganya

          susah (Betul).

20. Kata sendi nama demi dan untuk tidak boleh digunakan serentak kerana

      membawa maksud yang sama.

      a) Dia bekerja bertungkus-lumus demi untuk menyiara perbelanjaan keluarganya

          (Salah).

         Dia bekerja bertungkus-lumus untuk menyiara perbelanjaan keluarganya

          (Betul).

21. Kesilapan menggunakan kata sendi nama 'bagi' untuk menggantikan kata sendi

       nama 'untuk'.

       a) Minah membuat kek bagi hadiah hari jadi kakaknya (Salah).

           Minah membuat kek untuk hadiah hari jadi kakaknya (Betul).

22. Kata sendi nama 'di' digunakan di hadapan kata nama. Kata sendi nama 'pada'

      digunakan untuk masa dan tempat.

      a) Di zaman ini, masyarakat lebih suka menggunakan telefon bimbit (Salah).

          Pada zaman ini, masyarakat lebih suka menggunakan telefon bimbit (Betul).

23. Kata sendi nama 'dalam' menunjukkan tidak ada ruang / jarak. Kata sendi nama 'di

       dalam' menunjukkan ada ruang / jarak.

       a) Di dalam mesyuarat Persatuan sejarah, ahli jawatankuasa membincangkan

           aktiviti tahunan persatuan (Salah).

           Dalam mesyuarat Persatuan sejarah, ahli jawatankuasa membincangkan

           aktiviti tahunan persatuan (Betul).

24. Kata tanya perlu diikuti dengan partikel -kah.

      a) Bila dia datang ke rumah kamu? (Salah).

          Bilakah dia datang ke rumah kamu? (Betul).

25. Kata bantu ragam 'boleh' menunjukkan keizinan. Kata bantu ragam 'dapat'

      menunjukkan keupayaan melakukan sesuatu.

      a) Murid dapat menonton filem dokumentasi di bilik tayang (Salah).

          Murid bolehmenonton filem dokumentasi di bilik tayang (Betul).

      b) Ali boleh mengangkut bakul yang berat itu (Salah).

          Ali dapat mengangkut bakul yang berat itu (Betul).

26. Kata nafi 'bukan' untuk frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi 'tidak'

      untuk frasa kerja dan frasa adjektif.

      a) Bungkusan ini tidak untuk Amin tetapi untuk Zakiah (Salah).

          Bungkusan ini bukan untuk Amin tetapi untuk Zakiah (Betul).

      b) Dia tidak adik Amin (Salah).

          Dia bukan adik Amin (Betul).

27. Kata pemeri 'ialah' digunakan di hadapan frasa nama. Kata pemeri 'adalah'

      digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

       a) Gunung Angsi adalah gunung yang terkenal di Ulu Bendul yang terletak di

           daerah Kuala Pilah (Salah).

           Gunung Angsi ialah gunung [Frasa Nama] yang terkenal di Ulu Bendul yang

           terletak di daerah Kuala Pilah (Betul).

       b) Kuih-muih yang terhidang di atas meja ialah untuk tetamu yang menghadiri

            majlis itu (Salah).

            Kuih-muih yang terhidang di atas meja adalah untuk tetamu yang menghadiri

            majlis itu  [Frasa Sendi Nama] (Betul).

28. Kata bilangan perlu diikuti oleh penjodoh bilangan.

      a) Seratus dua puluh terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Filipina (Salah).

          Seratus dua puluh  orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Filipina

          (Betul).

29. Kata bilangan tak tentu 'setengah-setengah' digunakan untuk objek bernyawa. kata

      bilangan pecahan 'setengah' digunakan untuk objek tidak bernyawa.

      a) Setengah orang tidak suka akan durian (Salah).

         Setengah-setengah orang tidak suka akan durian (Betul).

      b) Ibu memberi setengah-setengah roti kepada saya (Salah).

          Ibu memberi setengah roti kepada saya (Betul).

30. Kata bilangan tak tentu 'para' tidak boleh digunakan di hadapan kata jamak.

      a) Para peserta-peserta dikehendaki mendaftarkan nama mereka jika ingin

          menyertai rombongan mendaki Gunung Angsi (Salah).

          Para peserta dikehendaki mendaftarkan nama mereka jika ingin  menyertai

          rombongan mendaki Gunung Angsi (Betul).

31. Kata majmuk ditulis secara berasingan.

      a) Jalanraya di Kuala Pilah bengkang-bengkok (Salah).

         Jalan raya di Kuala Pilah bengkang-bengkok (Betul).

      b) Bandaraya Kuching di Sarawak sangat indah (Salah).

           Bandar raya Kuching di Sarawak sangat indah (Betul).

       c) Mereka suka membeli-belah di Pasaraya Primax (Salah).

           Mereka suka membeli-belah di Pasar Raya Primax (Betul).

32. Dalam penggandaan kata majmuk, perkataan pertama digandakan manakala

      perkataan kedua dikekalkan.

      a) Guru besar-guru besar menghadiri mesyuarat di Jabatan Pendidikan Negeri  

          (Salah).

         Guru - guru besar menghadiri mesyuarat di Jabatan Pendidikan Negeri  

          (Betul).

      b) Dia membeli alat tulis- alat tulis di Kedai Buku Sinaran (Salah).

          Dia membeli alat - alat tulis di Kedai Buku Sinaran (Betul).

      c) Jalanraya-jalanraya sdang dibaiki, segala kesulitan amat dikesali (Salah).

          Jalan-jalanraya sdang dibaiki, segala kesulitan amat dikesali (Betul).

33. Kata majmuk dengan imbuhan apitan dicantumkan.

      a) Rakyat perlu bersatu padu demi keselamatan negara (Salah).

          Rakyat perlu bersatupadu demi keselamatan negara (Betul).

34. Kata bilangan tentu seperti dua, sepuluh dan seratus perlu diikuti dengan penjodoh

      bilangan.

      a) Ahmad membeli dua kasut di kedai kasut itu (Salah).

          Ahmad membeli dua pasang kasut di kedai kasut itu (Betul).

      b) Pada hari itu, Pak Ali hanya dapat menjual dua ayam di pasar (Salah).

          Pada hari itu, Pak Ali hanya dapat menjual dua ekor ayam di pasar (Betul).