Siti Fatimah Tokoh Pelajar Kokurikulum Oleh ABD RAZAK OSMAN

SITI FATIMAH AZHANI IDRIS
SEKOLAH Menengah Sains Kepala Batas (SMSKB) menobatkan pelajar tingkatan empatnya, Siti Fatimah Azhani Idris, 16, sebagai Tokoh Pelajar Kokurikulum Tahun 2010 sekolah itu baru-baru ini.

Dia dipilih kerana aktif dalam kegiatan kokurikulum termasuk menjadi Timbalan Pengerusi Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah, aktif sebagai Naqibah Usrah, johan pertandingan pengucapan awam peringkat sekolah 2009, mewakili sekolah ke Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ke-36.

Siti Fatimah juga pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Bahasa Inggeris Peringkat Zon Utara 2010, menyertai Kejohanan Hoki SBP bawah 16 tahun Peringkat Zon Utara dan terlibat dengan Kadet Remaja.

"Saya tidak menduga akan dipilih sebagai tokoh itu, anugerah ini amat bermakna sekali kepada saya dan keluarga," katanya yang sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Agama Perempuan Al-Mashoor Pulau Pinang

5/30/2012 02:54:20 pm

Fine info bro

Reply



Leave a Reply.